Ryusuke Sekiya dilahirkan menerusi pembedahan Caesarean selepas ibunya, Toshiko mengalami darah tinggi ketika kandungan berusia 24 minggu lima hari.

Bayi itu dilahirkan pada 1 Oktober tahun lalu dengan tinggi 22 sentimeter dan kakitangan perubatan meletakkannya dalam unit penjagaan rapi neonatal.

Mereka menggunakan tiub untuk memberi makanan dan ada kala mengambil kapas kesat bagi susu ibunya ke mulut Sekiya.

Hampir tujuh bulan selepas itu, bayi lelaki ini membesar 13 kali ganda dari segi berat yang mana kini beratnya lebih tiga kilogram dan dijangka dilepaskan dari Hospital Kanak-Kanak Nagano pada hujung minggu ini.

Bayi seberat 258 gram itu lebih ringan daripada pemegang rekod terdahulu yang mana juga merupakan warga Jepun dengan berat 268 gram dilahirkan tahun lalu. - AFP