Beberapa imej udara dari bandar Shwegyin di wilayah Bago menunjukkan kawasan tersebut sudah menjadi sebuah tasik yang luas .

Malah, hanya bumbung rumah yang dapat dilihat di sepanjang sungai Sittaung.

Pasukan perkhidmatan kecemasan telah membantu membawa penduduk ke kawasan kering dan ramai yang juga mencari perlindungan di biara.

Dalam pada itu, menurut Kementerian Kebajikan Sosial Myanmar,ketika ini, banjir paling buruk berlaku di timur wilayah Bago dan negeri Mon dan Karen.

“Pada masa ini, terdapat lebih 30,000 penduduk (di seluruh negara) telah dipindahkan disebabkan banjir,” kata Ketua Pengarah Pengurusan Bencana, Ko Ko Naing. - AFP.