Kira-kira 740,000 pelarian melarikan diri ke Bangladesh pada August 2017 untuk menyertai 200,000 etnik Rohingya yang lebih awal tiba di negara tersebut.

Tiada seorang pun daripada etnik tersebut yang bersetuju untuk dihantar pulang meskipun persetujuan antara Bangladesh dan Myanmar telah ditandatangani.

Usaha awal untuk menghantar pulang pelarian Rohingya pada November tahun lepas berakhir gagal apabila ramai yang enggan kembali ke Rakhine kerana khuatir tentang keselamatan mereka.-AFP