Arab News melaporkan, aplikasi dinamakan Manasikana didatangkan dengan sembilan bahasa dilancarkan Kementerian Haji dan Umrah dengan kerjasama Suruhanjaya Pelancongan dan Warisan Negara.

Aplikasi itu turut menyediakan koordinat geografi untuk menentukan lokasi di Mekah, Madinah dan bandar-bandar lain walaupun tanpa sambu­ngan internet.

Tempat suci di Mina, Arafah dan Muzdalifah di sam­ping masjid-masjid, restoran dan tandas merupakan lokasi ditampilkan pada aplikasi yang telah dimuat turun sebanyak 10,000 kali.

Doa untuk pelbagai ibadah lain turut disediakan dengan butiran panduan mengenai perkara yang boleh serta tidak boleh dilakukan semasa mengerjakan haji.

Selain itu, aplikasi ‘Hajj and Umrah Navigator’ mengan­dungi peta menunjuk arah ke tempat suci di Mekah dan Madinah.

Jemaah boleh mencari maklumat dalam 16 bahasa dengan meletakkan alamat, perkhidmatan dan nama syarikat haji mereka.

Aplikasi itu juga dapat mencari laluan yang dapat mengelakkan kesesakan dan menawarkan maklumat lain seperti arah ke Kaabah, ramalan cuaca dan waktu solat. – AGENSI