Dalam kajian yang dijalankan, ketepatan seekor anjing mengesan penyakit tersebut adalah sehingga 97 peratus.

Ketiga-tiga ekor anjing Beagle yang terlibat dalam kajian itu berjaya mengesan kehadiran kanser dengan menghidu sel darah manusia.

Ketua Saintis, Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan Produk BioScentDx, Heather Junqueira, kagum dengan hasil kajian tersebut.

“Kejayaan ini membuka laluan kepada dua kemungkinan arah tuju kajian yang akhirnya membawa kepada penemuan kaedah baharu mengesan kanser,” katanya.- AGENSI