Lapor BBC memetik kenyataan pihak berkuasa sebagai berkata, kira-kira lima juta orang di wilayah Zhejiang terjejas dan lebih sejuta orang berjaya dipindahkan ke tempat selamat.

Taufan terbabit melanda Wenling awal pagi Sabtu lalu, menyebabkan angin kencang dan hujan lebat.

Taufan tersebut bergerak ke arah pantai timur semalam. - AGENSI