Jumlah kematian tersebut bertambah selepas empat lagi mangsa letupan meninggal dunia akibat kecederaan yang dialami mereka.

Perkembangan itu disahkan jurucakap Hospital Nasional Dar es Salaam, Aminiel Aligaesha.

“Keempat-empat mangsa yang baharu disahkan mati kini ditempatkan di rumah mayat sebelum dibawa pulang ahli keluarga mereka,’ katanya.

Letupan berlaku awal pagi Sabtu dekat pekan Morogoro yang terletak 200 kilometer barat Dar es Salaam.

Menurut saksi, letupan berlaku sebelum Kesemua mangsa cuba mengambil minyak yang tumpah selepas sebuah trak terbalik akibat kemalangan.- AFP