Jurucakap polis berkata 67 kematian direkodkan di Kerala yang menjadi kawasan paling teruk terjejas akibat banjir tersebut.

"Sekurang-kurangnya 165 penduduk telah dipindahkan ke lebih 1,318 kem penempatan yang dibina di 14 kawasan di daerah tersebut.

Cuaca buruk memusnahkan banggunan dan menyukarkan lagi usaha mencari dan menyelamat mangsa.

Sementara itu 34 orang dilaporkan maut manakala 14 lagi masih hilang di daerah Karnataka yang turut terjejas teruk.

Di Maharashtra pula merekodkan 27 kematian sejak kawasan tersebut ditenggelami air beberapa hari yang lalu.

Pada masa yang sama, 16 lagi kematian dilaporkan di Gujarat.- AFP