Zoo Pairi Daiza berkata, anak kembar panda tersebut iaitu seekor jantan dan betina selamat dilahirkan pada Khamis lalu menjadi 'harapan baharu' kepada populasi panda yang kini kurang daripada 2,000 ekor.

Si ibu, Hao Hao menunjukkan petanda melahirkan pada petang Rabu.

Anak pertama dikeluarkan adalah jantan seberat 160 gram pada tengah hari Khamis manakala si betina (150 gram) selepas dua jam kemudian. - AFP