Bagaimanapun timbul persoalan utama sama ada keamanan akan datang ke Afghanistan atau perang empat dekad akan berterusan.

Seorang penduduk tempatan, Sayed Jan berkata, mereka dahagakan keamanan di Afghanistan.

“Setiap hari, banyak orang kita terbunuh.

“Kami menyambut Aidiladha dengan berita sedih,” katanya.

Pada Aidiladha tahun lalu, terdapat genjatan senjata antara Taliban dan tentera Afghanistan membolehkan menyambut antara perayaan utama umat Islam dengan aman. - AFP