Ketua Operasi Bomba Jakarta Selatan, Sugeng berkata, kebakaran itu berpunca ekoran penggunaan lilin oleh penghuni selepas gangguan bekalan elektrik dari loji jana kuasa 500 KV1 di Jakarta.

Insiden itu mengakibatkan kira-kira 350 penduduk terpaksa dipindahkan ke Kebon Sawo, Kelurahan Menteng Atas buat sementara waktu.

“Kita masih belum mengenal pasti identiti mangsa dan siasatan masih lagi dijalankan,” katanya di sini semalam.

Dalam pada itu, insiden ‘blackout’ itu memenuhi ruangan hantaran laman media sosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram di Indonesia sehingga pagi ini.

Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) sementara itu mengkritik syarikat pengendali Perusahaan Listrik Negara (PLN) yang menurut beliau perlu mempunyai rancangan luar jangka sebagai persediaan menghadapi masalah kecemasan.

Gangguan itu menjejaskan Jakarta dan beberapa kawasan di Pulau Jawa yang membabitkan lebih 100 juta penduduk.

“Perkara yang boleh menjejaskan ramai tidak seharusnya berulang di masa depan dan saya sudah arahkan keadaan dipulihkan dengan segera,” katanya. – AGENSI