Dalam kejadian pada pukul 8.25 pagi (waktu tempatan) itu, kesemua mangsa yang bercuti di wilayah itu sempena sambutan Songkran berjaya menyelamatkan diri dengan keluar ke balkoni bilik dan tingkap bangunan sebelum diselamatkan oleh orang ramai.

Timbalan Ketua Polis Sadao, Leftenan Kolonel Winai Sakeeyasatien ketika dihubungi Bernama berkata, lapan rakyat Malaysia termasuk seorang wanita, kesemua berusia antara 24 dan 58 tahun, dihantar ke tiga buah hospital untuk menerima rawatan.

Bagaimanapun katanya, lima daripada mereka dibenarkan pulang selepas menerima rawatan pesakit luar manakala tiga lagi masih meneruskan rawatan.

Beliau berkata, ketika kejadian seramai 30 pelanggan menghuni hotel 200 bilik itu.

"Punca kebakaran masih dalam siasatan," katanya. - BERNAMA