Angka itu menunjukkan peningkatan hampir 15 peratus berbanding tempoh yang sama pada tahun lalu.

Kumpulan kebebasan media itu melaporkan, bagaimanapun sekiranya diambil kira pekerja media secara keseluruhan, angka itu mencecah sehingga 80 orang.

“Sementara itu, 348 wartawan pula ditahan di seluruh negara berbanding 326 pada tahun lalu. Hampir separuh daripada mereka ditahan di China, Turki, Iran, Arab Saudi dan Mesir ,” lapor media itu.

Badan yang berpangkalan di Paris itu turut mendedahkan, Afghanistan, Syria dan Mexico adalah antara tiga negara paling bahaya dan tidak selamat untuk wartawan menjalankan tugas mereka.

Amerika Syarikat juga kini termasuk dalam senarai itu apabila baru-baru ini menahan lima pekerja surat khabar Capital Gazette.

Dalam insiden terbaharu pada 2 Oktober lalu, wartawan Jamal Khashoggi dibunuh di dalam bangunan Konsulat Arab Saudi di Istanbul. -REUTERS