Sekurang-kurangnya 20 orang lagi dipercayai masih terperangkap dalam Lombong Arang Batu Gloria yang berdekatan dengan Middelburg selepas cuba mencuri kabel tembaga di sana.

Menurut jurucakap polis, Leonard Hlathi, lima orang disahkan maut buat masa ini.

Katanya, kumpulan itu telah masuk ke dalam lombong antara hari Ahad dan semalam. - AFP