Lapor Reuters, beberapa kawasan di Mozambique baru sahaja menerima bantuan perubatan.

Agensi perubatan berkata ribuan mangsa masih lagi terputus bantuan dan memberi amaran krisis kebuluran bakal berlaku.

Menurut pengurus sokongan kemanusiaan Oxfam, Dorothy Sang, bantuan kemanusiaan akan dijatuhkan ke tempat-tempat terpencil di mana 2,000 orang ditemukan buat kali pertama sejak bencana tersebut berlaku.

Kesemua mereka terpaksa bergantung kepada kelapa, kurma dan ikan-ikan kecil.

Oxfam menganggarkan kira-kira 4,000 orang masih belum menerima bantuan perubatan. - AGENSI