Namun, kesemua calon saksi berkenaan meminta supaya mereka diberi jaminan ke­selamatan bagi mengelak sebarang perkara tidak diingini.

Jurucakap pasukan tersebut, Iwan Satriawan berkata, kesemua calon saksi tersebut meminta jaminan keselamatan mereka bermula saat datang ke Jakarta hingga pulang ke kawasan masing-masing.

“Sehubungan itu, adalah penting untuk mengadakan pertemuan dengan Lembaga Perlindungan Saksi dan Korban (LPSK).

“Mahkamah tidak boleh membuat keputusan yang adil jika banyak pihak berasa ragu-ragu untuk menegakkan kebenaran kerana bimbang akan tahap keselamatan mereka,” katanya seperti yang dilaporkan oleh Detik News.

Dalam perkembangan sama, pasukan tersebut juga akan menyerahkan surat kepada MK berhubung mendapatkan perlindungan bagi kesemua calon saksi.

Ketua pasukan, Bambang Widjojanto berkata, mereka berharap surat tersebut mendapat jawapan positif daripada MK bagi menjamin sesi perbicaraan yang lebih telus dan adil.

“Kami berharap MK dapat memberi jaminan keselamatan yang menyeluruh kepada semua calon saksi memandangkan LPSK hanya boleh beri perlindungan kepada saksi dalam kes-kes berkaitan jenayah,” ujarnya. – AGENSI