DW melaporkan, Kementerian Kesihatan Mesir yang mengesahkan kejadian itu hari ini berkata, insiden berpunca daripada kemalangan melibatkan sebuah kereta yang dipandu melawan arus sebelum bertembung dengan tiga kereta yang lain.

Insiden dekat selatan daerah al-Manyal mengakibatkan letupan besar mendorong kepada kebakaran kenderaan.

Dalam perkembangan berkaitan, pihak Universiti Kaherah menolak dakwaan berlaku letupan di dalam perkara ngan NCI.

Sebanyak 78 orang pesakit NCI telah dipindahkan ke hospital lain bagi meneruskan ra­watan.

Pendakwa raya Mesir mengarahkan satu siasatan diadakan bagi menentukan punca nahas.

Jurucakap kementerian kesihatan, Khaled Megahed berkata, sebanyak empat mangsa yang maut gagal dikenalpasti.

“Sebanyak empat mangsa dalam keadaan kritikal selepas mengalami lecur teruk pada badan mereka,” katanya. – AGENSI/AFP