Press TV melaporkan, rakaman itu dibuat semasa dia menghasilkan dokumentari perubahan iklim bertajuk ‘Into the Ice’.

Rekod kecairan harian paling tinggi dicatatkan pada 31 Julai lalu dengan 11 bilion tan metrik ais cair dalam tempoh 24 jam.

“Semua ais ini hanya terdampar seperti seekor raksasa gergasi yang sedang tidur tanpa ada sesiapa peduli,” kata Haarloev.

“Namun apabila ia mula cair, semua orang peduli dan atas alasan yang sangat baik,” katanya.

Menurut saintis Denmark, suhu tertinggi dalam sejarah kepulauan itu mencapai tahap 22 darjah Celcius, baru-baru ini.

Katanya, lapisan ais pada awal hingga akhir Julai lalu di Greendland mencatatkan kehilangan keseluruhan ais seba­nyak 197 bilion tan metrik.

Ais di Greendland dilapor hanya akan cair pada setiap kali musim panas sekitar Mei namun kali ini ia mula mencair secara konsisten sejak empat bulan lalu ekoran pe­ningkatan suhu dunia. – AGENSI