Perkara itu disahkan Ketua Komunikasi Korporat PDRM, Urus Setia Ketua Polis Negara (KPN), Datuk Asmawati Ahmad.

Katanya, tindakan itu dilakukan demi keselamatan negara.

"Arahan itu telah dikeluarkan kepada kesemua kontinjen polis di seluruh negara dan dilakukan demi keselamatan negara dan memelihara keharmonian kaum," lapor Malay Mail di sini hari ini. .

Terdahulu, tujuh negeri antaranya Melaka, Johor, Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Perlis dan Sarawak telah melarang ceramah oleh Zakir.

Semalam, penceramah itu selesai memberi keterangan kali kedua kepada polis selepas hampir 10 jam di Ibu pejabat Polis Bukit Aman di sini.

Jumaat lalu, Zakir memberi keterangan kali pertama bermula pukul 3 petang hingga 7 petang untuk membantu siasatan berhubung beberapa laporan polis dibuat terhadap dirinya.

Zakir kini sedang disiasat di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan iaitu sengaja mengaibkan dengan niat membangkitkan pecah keamanan.- UTUSAN ONLINE