Ketua Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Daerah Miri, Mazlan Jikran berkata, warga emas berusia 63 tahun itu ditahan bersama teman wanitanya, seorang janda anak dua, dalam sebuah rumah kerana positif dadah jenis syabu.

“Dalam operasi tersebut turut ditahan seorang ibu tunggal yang sarat mengandung kerana positif dadah syabu,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tambah Mazlan, dalam operasi bermula 9.30 malam itu, sebanyak 13 individu terdiri 11 lelaki serta dua wanita ditahan hasil pemeriksaan di Kampung Pulau Sibuti, Kampung Padang Kelulit, Kampung Tunah Tiris, Kampung Masjid Tiris, Kampung Bulau dan Kampung Keluru Tengah.

“Kesemua ditahan disiasat di bawah Seksyen 3 (1) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 dan jika disabitkan kesalahan akan diperintahkan menjalani rawatan serta pemulihan di pusat pemulihan selama dua tahun atau di bawah perintah pengawasan tidak lebih tiga tahun,” katanya.- BERNAMA