Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak memberitahu, pihaknya menerima panggilan kira-kira pukul 7.09 malam dan sebanyak lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Serian dikerah ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi kejadian, kita mendapati terdapat lapan orang pendaki bersama dua malim gunung telah mendaki gunung tersebut sebelum seorang daripada mereka terjatuh ketika sedang turun dari puncak.

“Lapan daripada mereka meneruskan perjalanan turun manakala mangsa bersama dengan seorang malim gunung terpaksa menunggu bantuan di laluan turun gunung tersebut,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Menurutnya, pihaknya bersama bantuan sekumpulan orang kampung telah tiba di puncak gunung pada pukul 8.50 malam dan berjaya menemukan mangsa.

Jelasnya, mangsa kemudian dibawa turun menggunakan pengusung sejauh empat kilometer sebelum dirawat oleh sepasukan anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dan dihantar ke Hospital Serian untuk rawatan lanjut. - UTUSAN ONLINE