Dalam operasi khas pada pukul 5.30 pagi itu, suspek berusia 16 dan 24 tahun dipercayai keldai dadah ditahan ketika hendak memasuki hotel berkenaan.


Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri, Mazlan Lazim berkata, siasatan awal mendapati suspek bergiat aktik mengedar dadah sejak tiga bulan lalu dan nilai pasaran syabu yang dirampas berjumlah RM500,000.

“Pihak polis turut menyita sebuah kereta jenis Toyota Vios bernilai RM50,000 milik suspek,” katanya kepada pemberita di Ibu pejabat Polis Kontinjen di sini hari ini.


Mazlan memberitahu, pihaknya percaya jumlah rampasan dadah itu boleh dibekalkan kepada kira-kira 20,000 orang penagih.

“Siasat juga mendapati suspek bergiat aktif dalam kegiatan pengedaran syabu sekitar Kuala Lumpur dan Lembah Klang.


“Maklumat yang diperolehi juga mendapati suspek mempunyai kaitan dengan rangkaian sindiket pengedaran dadah di Malaysia Timur,” ujarnya.

Mazlan menambah, kedua-dua suspek ditahan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah selama enam hari sehingga 27 April ini.


Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman gantung sampai mati jika disabit kesalahan. - UTUSAN ONLINE