Pemangku Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador berkata, kali terakhir Jho Low dikesan ialah di Hong Kong dan Macau.

“Kita sedang bekerjasama dengan pihak berkenaan untuk penuhi tuntutan seperti digariskan Polis Antarabangsa (Interpol).

“Kita harap pihak tersebut akur dengan perjanjian untuk sama-sama tangani dan saling membantu untuk kesan, tangkap dan usir penjenayah agar kembali ke negara asal,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis perasmian Seminar Hentikan Keganasan Kanak-Kanak di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE