Pengarah Zon Maritim Kudat, Komander Boon Chin Chau berkata, kesemua suspek ditahan dalam operasi di perairan berkenaan kira-kira pukul 10 pagi.

Ujarnya, semasa ditahan ketiga-tiga mereka gagal menunjukkan sebarang dokumen pengenalan diri yang sah.

“Hasil pemeriksaan lanjut turut menemukan beberapa barangan menangkap ikan yang tidak dibenarkan iaitu panah.

“Selain itu, beberapa peralatan yang disyaki digunakan untuk menghisap dadah jenis syabu termasuk satu bungkusan kecil disyaki berisi syabu turut ditemukan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Chin Chau, hasil ujian air kencing juga mendapati dua daripada tiga suspek didapati positif dadah jenis syabu.

“Bot dan kesemua suspek kemudiannya dibawa ke jeti Maritim Kudat untuk tindakan lanjut,” jelasnya- BERNAMA