Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Sarawak, Superintenden Sahar Abdul Latif berkata, dalam serbuan pada kira-kira pukul 9 malam itu, polis turut merampas dadah syabu seberat 531.95 gram dianggarkan bernilai RM79,792.50 daripada ketiga-tiga penganggur yang berumur antara 21 dan 34 tahun itu.

“Saringan awal air kencing mendapati ketiga-tiga suspek positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah Sahar, ketika serbuan itu, syabu tersebut telah disimpan oleh kesemua suspek dalam kotak rokok, kotak menyimpan jam dan juga beg plastik timah.

“Kesemua suspek disiasat di bawah seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 yang boleh membawa hukuman mati jika disabitkan kesalahan dan mereka ditahan reman 14 hari di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959 dan 1963,” ujarnya.- BERNAMA