Dalam serbuan kira-kira pukul 11 pagi itu, turut dirampas iaitu pelbagai jenis dadah antaranya pil serta serbuk ekstasi, Erimin 5 dan ketamin bernilai RM82,201.10.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Sarawak, Superintenden Sahar Abdul Latif berkata, kesemua suspek yang merupakan penganggur itu terdiri daripada seorang lelaki tempatan berusia 24 tahun dan dua wanita warga Vietnam berumur 20-an.

“Turut disita ialah barangan kemas seperti rantai, cincin dan 28 keping bentuk kunci disaluti emas bernilai RM30,752.36.

“Hasil siasatan mendapati, aktiviti pengedaran dadah ini bermula pada awal tahun 2018 untuk pasaran sekitar pusat-pusat hiburan bandar raya Miri,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Sahar, hasil ujian air kencing mendapati hanya suspek lelaki positif dadah.

“Siasatan lanjut masih berjalan dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa kepada hukuman mati jika disabitkan kesalahan,” katanya.- BERNAMA