Pemangku Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador, jawatan nombor satu dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu akan ditentukan oleh Suruhanjaya Pasukan Polis dan kerajaan.

“Setakat ini saya masih memangku jawatan Timbalan KPN dan belum menerima sebarang surat,” katanya ketika ditemui selepas majlis perasmian Seminar Hentikan Keganasan Kanak-Kanak di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), di sini hari ini.

Sebelum ini, sebuah akhbar melaporkan desas desus mengenai Abdul Hamid yang bakal menggantikan Mohamad Fuzi.

Menurut akhbar tersebut, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani pula akan dilantik bagi mengisi kekosongan jawatan Timbalan KPN. - UTUSAN ONLINE