Komander PPM Wilayah Dua, Asisten Komisioner Paul Khiu Khon Chiang berkata, suspek berusia 60 tahun itu ditahan dalam operasi yang dijalankan pada pukul 2 pagi kelmarin.

"Sepasukan 11 pegawai dan anggota PPM Wilayah Dua melakukan serbuan di sebuah premis di Felda Tenggaroh, Jemaluang.

"Hasil siasatan menemukan sebanyak 151 karton rokok pelbagai jenis bernilai RM19,660.20 disimpan di dalam sebuah kotak di bilik air premis berkenaan," katanya dalam satu kenyataan di sini sebentar tadi.

Tambah Khon Chiang, suspek yang ditahan beserta barang rampasan dibawa ke Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Mersing untuk tindakan lanjut.

"Risikan lanjut dan serbuan akan dilakukan secara berterusan bagi menjaga undang-undang negara ini," ujarnya. - UTUSAN ONLINE