Seorang daripada anggota polis berkenaan berpangkat Inspektor manakala enam orang lagi berpangkat Lans Koperal dan Koperal.

Kesemua mereka direman empat hari bermula hari ini kerana disyakki bersubahat menerima suapan sebanyak RM6,500.

Kesemua lelaki berusia lingkungan 28 tahun hingga 53 tahun itu ditahan di Pejabat SPRM negeri antara pukul 10 hingga 10.45 malam semalam selepas hadir memberi keterangan.

Menurut sumber, kesemua suspek dipercayai bersubahat menerima wang suapan sebanyak RM6,500 daripada seorang lelaki sebagai balasan untuk tidak mengambil tindakan terhadap kesalahan memiliki dadah jenis syabu.

Sementara itu, Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Seri Simi Abd. Ghani ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu.

Beliau berkata, kesemua individu tersebut disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009. - UTUSAN ONLINE