Memetik laporan portal Utusan Borneo, Pengarah Kastam Sarawak, Datuk Sharifah Halimah Tuanku Taha berkata, serbuan dijalankan oleh Bahagian Penguatkuasaan Kastam kira-kira pukul 5.30 petang.

“Hasil pemeriksaan telah menemukan sebanyak 2,000 batang rokok dan 45.39 liter minuman keras pelbagai jenama bernilai RM323.40 dengan anggaran jumlah cukai RM2,159.07.

“Selain rampasan seorang individu turut ditahan untuk membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, kes tersebut di siasat di bawah Seksyen 135 Akta Kastam 1967. - UTUSAN ONLINE