Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, sebelum itu, pihaknya akan membuat laporan iaitu first information report’ (FIR) tentang siasatan tersebut memandangkan tiada siapa yang tampil membuat laporan polis.

“Laporan dibuat adalah bagi mendapatkan maklumat awal bagi membolehkan siasatan dijalankan berhubung penularan video berkenaan.

“Polis akan menyiasat terlebih dahulu bagi melihat apa kesalahan yang ada,” katanya kepada pemberita selepas Program Ramah Mesra bersama penduduk Segambut, di Taman Sri Segambut di sini hari ini.-UTUSAN ONLINE