Komander Pasukan Polis Marin Wilayah Satu, Asisten Komisioner Rosman Ismail berkata, bot tersebut ditahan pada jarak 12 kilometer dari perairan Muka Head kira-kira pukul 8.15 malam dan terdapat seorang tekong serta dua awak-awak warga tempatan di atas bot berkenaan.

"Pemeriksaan mendapati bot tersebut telah melanggar syarat lesen di mana ia telah beroperasi dari jarak yang tidak dibenarkan dari kawasan pantai.

"Bot tersebut didapati melakukan kesalahan mengikut Seksyen 8 (b) Akta Perikanan 1985," katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, nilai keseluruhan rampasan ialah kira-kira RM400,000 dan kes serta barang rampasan diserahkan kepada Jabatan Perikanan untuk tindakan selanjutnya. - UTUSAN ONLINE