Ketua Polis Daerah Kulai, Superintenden Tok Beng Yeow berkata, suspek berusia 24 tahun ditahan di kawasan sekitar felda tersebut pada pukul 12.30 malam semalam.

“Bertindak atas maklumat, polis membuat serbuan dan menemukan semula kenderaan yang dicuri, kunci, wang tunai serta beberapa barangan peribadi mangsa,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, hasil siasatan awal mendapati, suspek membawa lari kenderaan tersebut menggunakan kunci yang ditinggalkan dalam kenderaan itu.

Tambahnya, mangsa yang berusia 30 tahun sebelum itu tertinggal kunci kereta di dalam kenderaan tersebut.

“Suspek kini direman selama tiga hari sehingga esok,” katanya.

Tambahnya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 379 A Kanun Keseksaan. - UTUSAN ONLINE