semalam.

Sebanyak tujuh buah mesin jual air diperiksa dalam operasi yang disertai 12 anggota penguatkuasa dari PKDK, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KDPNHEP) dan Metrology Corporation Malaysia Sdn. Bhd.

melibatkan tiga lokasi iaitu kawasan Banggol Indah, Taman Fikri dan Jalan Air Puteh di sini.

Pegawai Kesihatan Persekitaran, Mohd.Rosli Abd. Wahab yang mengetuai operasi itu berkata, kesemua peralatan tersebut yang diperiksa didapati tidak mempunyai lesen atau surat kebenaran yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan.

Operasi diketuai oleh Pegawai Kesihatan Persekitaran, Mohd. Rosli Abd. Wahab bersama 12 anggota melibatkan penguatkuasa daripada Pejabat Kesihatan Daerah Kemaman, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna

(KPDNHEP) dan Metrology Corporation Malaysia Sdn. Bhd (MCMSB).

“Daripada tujuh mesin yang diperiksa, empat buah disita manakala dua buah mesin rosak dan sebuah dalam proses permohonan.

“Kesemua mesin jual air ini disita di bawah peraturan 360 (C) Peraturan Makanan 1985 kerana tidak mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan sebelum beroperasi,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Mohd. Rosli berkata, operasi itu diadakan bertujuan memastikan pengusaha dan syarikat yang mengurus mesin jual air mendapatkan lesen yang sah daripada pihak kementerian berkenaan.

Beliau berkata, lesen menjual air itu perlu dipantau dan dikawal selia oleh pihak Kementerian Kesihatan bagi menentukan tahap kebersihan air sebelum dijual kepada pengguna.

“Kami juga akan mengambil sampel air untuk dihantar ke makmal untuk ujian mikrobiologi dan kimia bagi menentukan ia selamat dan hasil pemeriksaan ke atas mesin jual ini mendapati penjagaan kebersihan tidak diurus dengan baik,” ujarnya.

Menurutnya, terdapat sebanyak 90 mesin jual air di daerah ini dan daripada jumlah itu, hanya tujuh buah (7.7 peratus) yang berlesen dan mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan.- UTUSAN ONLINE

habis