Menurut Wisma Putra, pasukan berkenaan sedang dalam usaha membawa turun mangsa dari kawasan pergunungan bagi mendapatkan rawatan lanjut.

“Kementerian Luar merakamkan penghargaan kepada kerajaan Nepal, terutama pasukan mencari dan menyelamat dalam usaha mengesan dan menyelamatkan mangsa. Sebarang perkembangan lanjut mengenai perkara ini akan dimaklumkan kelak,” jelasnya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Jelas Wisma Putra lagi, pihak Kedutaan Besar Malaysia di Kathmandu boleh dihubungi di alamat Sanepa-2, Ring Road Lalitpur, PO Box 24372 Kathmandu, Nepal, telefon +977-1-5545680/81 atau faks: +977-1-5545679 atau e-mel [email protected]

Menurut laporan media, seorang pendaki Malaysia terkandas di Nepal, berhampiran puncak Gunung Annapurna, dalam kejadian kelmarin.

Penganjur ekspedisi memaklumkan, mangsa dipercayai terkandas selepas terpisah daripada kumpulan pendaki, ketika menuruni puncak gunung.

Agensi media melaporkan, mangsa yang berusia 48 tahun mendaki puncak Gunung Annapurna setinggi 8,100 meter itu bersama sekurang-kurangnya 31 yang lain, tetapi gagal kembali ke kem terdekat iaitu satu kilometer di bawah puncak. - UTUSAN ONLINE