Lelaki berusia 24 tahun itu ditahan dalam serbuan kira-kira pukul 2.15 pagi.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, ketika serbuan dilakukan, pintu rumah tersebut dalam keadaan berkunci sebelum anggota memperkenalkan diri sebagai polis.

“Pintu kemudian dibuka seorang lelaki dan pemeriksaan fizikal terhadap suspek dan di dalam rumah tidak menemukan sebarang dadah.

“Pemeriksaan lanjut di bahagian belakang rumah kemudian menemukan satu beg plastik hitam mengandungi dadah berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kata beliau, pihaknya turut merampas wang tunai sebanyak RM2,000.

Tambahnya, suspek yang negatif dadah tidak mempunyai rekod lampau dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. - UTUSAN ONLINE