Menurut laporan portal Utusan Borneo, bomba dalam kenyataannya memberitahu identiti mangsa bagaimanapun belum dikenal pasti.

“Lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Lopeng menaiki sebuah jentera pemadam api dan kenderaan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikerah ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada pukul 2.22 pagi.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian kira-kira pukul 3.25 pagi, pasukan bomba menemukan seorang mangsa rentung di dalam kenderaan tersebut,” katanya.

Menurutnya, identiti mangsa tidak diketahui dan kerja-kerja pemadaman dibuat sehingga selesai.

Jelasnya, setelah pihak forensik membuat siasatan awal, mangsa kebakaran diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. - UTUSAN ONLINE