Ketua Komunikasi Korporat PDRM, Urusetia Ketua Polis Negara (KPN), Datuk Asmawati Ahmad berkata, pertukaran didahului Ketua Penolong Pengarah Pencegahan/Atipsom (D7A) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Rohaimi Md. Isa yang bertukar menjadi Ketua Penolong Pengarah (D7)Pencegahan Judi, Maksiat dan Kongsi Gelap JSJ Bukit Aman.

Menurut Asmawati, turut bertukar adalah Ketua Bahagian Perundangan PDRM, Urus Setia Ketua Polis Negara (KPN) (Pentadbiran) Bukit Aman, Datuk Moktar Mohd. Noor yang akan menjadi Ketua Urus Setia KPN (Perundangan) PDRM, Urus Setia Pejabat KPN Bukit Aman.

“Ketua Penolong Pengarah Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFOC) Skuad Taktikal Khas 1 JSJ Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner (SAC) Zulkifli Che Wail pula akan ditukarkan menjadi Ketua Penolong Pengarah (D14) Siasatan Jenayah Terancang JSJ Bukit Aman.

“Bagi Ketua Penolong Pengarah (D7C) Antipemerdagangan Orang/Penyeludupan Migran (D7C) JSJ Bukit Aman, SAC Fadil Marsus, beliau akan ditukarkan menjadi Ketua Penolong Pengarah (D3) Pencegahan Atipsom JSJ Bukit Aman,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Asmawati berkata, turut bertukar adalah, Penolong Pengarah (D7A) Pencegahan JSJ Bukit Aman, Asisten Komisioner (ACP) Mohd. Hedzir Hussin yang akan bertugas sebagai Penolong Pengarah D7 JSJ Bukit Aman, serta Penolong Pengarah Risikan STAFOC Skuad Taktikal Khas 1, ACP Azmi Abdul Rahim yang akan menyandang jawatan Penolong Pengarah (D7) Pencegahan Kongsi Gelap JSJ Bukit Aman.

“Penolong Pengarah (D7B) Tahanan JSJ Bukit Aman, ACP Baharudin Mustapha akan ditukarkan menjadi Penolong Pengarah (D14) Pengawasan/Tahanan JSJ Bukit Aman manakala Penolong Pengarah Pasukan Tindakan Khas Antimaksiat, Judi dan Kongsi Gelap (STAGG) Risikan/Operasi, Skuad Taktikal Khas 3 JSJ Bukit Aman, ACP Gan Tack Guan pula akan berpindah ke Kelantan sebagai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik.

“Dua lagi pertukaran melibatkan ACP (D7C) Antipemerdagangan Orang/Penyeludupan Migran JSJ Bukit Aman, ACP Azry Akmar Ayob yang menjadi Penolong Pengarah (D3) Siasatan/MAPO/Antarabangsa JSJ Bukit Aman serta Penolong Pengarah Pasukan Tindakan Khas Atipsom (STAGG) Risikan/Operasi, Skuad Taktikal Khas 3 JSJ Bukit Aman, yang akan bertukar menjadi Ketua Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Selangor,” ujarnya. - UTUSAN ONLINE