Mayat bayi yang masih bertali pusat itu ditemukan oleh sekumpulan kanak-kanak yang mandi di sungai berkenaan kira-kira pukul 2 petang sebelum memaklumkan penemuan tersebut kepada pihak berkuasa.

Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Sahom, Mohd. Lot Abdul Hamid berkata, mayat tersebut yang ditemukan dalam keadaan terapung itu pada mulanya disangkakan anak patung.

Bagaimanapun katanya, setelah dihampiri, kanak-kanak tersebut terkejut apabila mendapati objek mencurigakan dalam keadaan terendam itu rupa-rupanya adalah seorang bayi lelaki.

"Mereka pada mulanya menyangkakan objek yang berada di bahagian tebing sungai cetek itu adalah anak patung namun kerana curiga dengan penemuan tersebut, mereka telah memaklumkan perkara itu kepada ibu bapa.

"Pemeriksaan di sungai berkenaan kemudiannya mendapati objek itu adalah mayat seorang bayi lelaki dan segera memaklumkan perkara tersebut kepada pihak polis," katanya ketika ditemui di sini hari ini.-UTUSAN ONLINE