Difahamkan, kesemua mereka terkandas akibat masalah teknikal melibatkan kapal terbang syarikat tersebut.

Seorang daripada penumpang yang terkandas, Che’ Royani Yusof berkata, mereka sepatutnya berlepas dari lapangan terbang itu pada pukul 11.45 malam semalam (waktu tempatan).

“Ada wakil daripada AirAsia yang memberitahu kami bahawa kapal terbang mengalami masalah teknikal dan penerbangan terpaksa ditangguhkan.

“Namun, sudah tiga kali penerbangan sudah ditangguhkan dan bantuan pun hanya daripada pihak lapangan terbang yang memberikan baucer makanan serta sehelai selimut,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sementara itu, syarikat penerbangan itu dalam kenyataannya mengesahkan kapal terbang tersebut mempunyai masalah teknikal hingga penerbangan terpaksa ditangguhkan.

Menurut kenyataan itu, kapal terbang tersebut sudah pun selesai dibaiki dan jadual baru penerbangan ialah pada pukul 10.30 malam (waktu tempatan).

“Semua penumpang juga akan diberi pampasan dalam bentuk kredit kelewatan tersebut,” jelasnya. - UTUSAN ONLINE