Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Awang Din Awang Gani berkata, mereka adalah antara 80 pegawai dan anggota yang menjadi sasaran pada ketika ini.

“Kita sedang memerhati gerak-geri mereka yang tersenarai dalam sasaran ini dan akan bertindak secara mengejut dalam masa terdekat.

“Ini adalah untuk membersihkan nama baik pasukan agar imej PDRM tidak tercemar disebabkan perangai segelintir anggota yang tidak berdisiplin,” katanya kepada pemberita selepas sidang akhbar Kuching Marathon, di sini hari ini.

Mengulas mengenai Kuching Marathon yang akan berlangsung pada Ahad ini, Awang Din berkata 12 laluan utama akan ditutup bermula pukul 11.30 malam sehingga 8 pagi keesokan harinya bagi memberi ruang kepada penganjuran acara itu.

“Jalan yang akan ditutup adalah di persimpangan Jalan Main Bazaar, Jalan Gambier, Jalan Lebuh Wayang, Jalan Borneo, Jalan Abell, Jalan Padungan, Jalan Satok, Jalan Haji Taha, Jalan Khoo Hun Yeang, Jalan Masjid dan jalan di kawasan lampu isyarat St.Mary.

“Selain itu, Jalan Tun Abang Hj Openg, Jalan Pearl, Jalan Barrack dan Jalan Wawasan akan ditutup awal bagi memberikan laluan kepada kerja-kerja pemasangan gerbang permulaan dan penamat larian,” katanya.

Beliau berkata, sebanyak 40 anggota polis akan ditempatkan di Check Point utama bagi menjaga keselamatan peserta larian. - BERNAMA