Memetik laporan Utusan Borneo,jurucakap AADK Sarawak berkata, hasil ujian saringan air kencing mendapati tujuh suspek didapati positif dadah jenis syabu dan seorang lagi suspek positif ganja.

“Kesemua suspek berusia lingkungan 20-an hingga 40-an itu disiasat di bawah Seksyen 3 (1) Akta Penagih Dadah Rawatan dan Pemulihan 1983.

“Kita juga ada menjalankan satu operasi di Matang, Petra Jaya dan Bako dan sebanyak 13 individu menjalani ujian saringan air kencing dan lapan daripadanya didapati positif dadah,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.-UTUSAN ONLINE