Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, kemalangan itu berlaku pada pukul 7.05 pagi.

“Kenderaan jenis Perodua Myvi yang dipandu dari arah Gelang Patah menuju ke Pasir Gudang itu hilang kawalan sebelum melanggar tembok simen Plaza Tol Perling.

“Penumpang wanita berusia 30 tahun maut setelah mengalami kecederaan parah di kepala dan kaki, manakala pemandu lelaki berusia 28 tahun cedera parah iaitu patah kaki dan tangan,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi satu kenyataan di sini, sebentar tadi.

Mangsa dihantar ke Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim, Kulai bagi tindakan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - UTUSAN ONLINE