Kegiatan itu terbongkar apabila polis berjaya menahan tiga individu melibatkan seorang bapa ayam berusia 35 tahun dan dua wanita masing-masing berusia 40 dan 34 tahun.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, ketiga-tiga yang ditahan merupakan warganegara Indonesia.

“Berdasarkan siasatan, mereka telah menjalankan kegiatan itu sejak sebulan yang lalu dengan menyasarkan pekerja asing di kawasan berhampiran.

“Mereka beroperasi dari pukul 8 malam hingga 1 pagi dan mengenakan bayaran sebanyak RM50,” katanya menerusi satu kenyataan, di sini sebentar tadi.

Polis turut merampas dua gulung tisu, dua botol minyak disyaki minyak pelincir dan wang tunai berjumlah RM100.

Kes disiasat mengikut Seksyen 372 dan Seksyen 372(B) Kanun Keseksaan serta Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63. - UTUSAN ONLINE