Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur dalam satu kenyataan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 1.13 pagi serta sebanyak dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Wangsa Maju dan BBP Gombak Selatan dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Ketika tiba di tempat, kita mendapati berlaku runtuhan konkrit di bangunan yang sedang dalam pembinaan itu.

“Tiga mangsa terlibat serta dua yang cedera telah dibawa ke hospital manakala seorang lagi warga Indonesia masih terperangkap di bawah runtuhan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu, menurut kenyataan itu, operasi mencari mangsa sedang dijalankan menggunakan anjing pengesan K9.

“Pihak bomba juga kini giat melakukan kerja-kerja mengalihkan konkrit yang runtuh,” katanya.-UTUSAN ONLINE