Timbalan Menteri Pembangunan Keluarga, Wanita dan Masyarakat, Hannah Yeoh berkata, ini berdasarkan pengalamannya sejak 10 tahun menjadi Ahli Parlimen yang melihat kebajikan pasukan polis masih berkurangan.

“Susulan itu, sebagai ahli parlimen saya sudah menulis surat kepada Menteri Dalam Negeri ,Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi memastikan kebajikan anggota polis dibela.

“Kebajikan seperti perkara-perkara asas di balai polis seperti peralatan pejabat contohnya pencetak, dakwat dan kertas mencukupi. Selain itu, kita juga mahu bantu berkaitan kebajikan polis terutama di tempat tinggal mereka,” katanya ketika ditemui selepas Program Ramah Mesra bersama penduduk Segambut, di Taman Sri Segambut di sini hari ini.

Tambah Hannah, pihaknya juga telah keluarkan peruntukkan sebanyak RM 12,000 untuk membaiki pam air di Balai Polis Kepong, tahun lalu.

“Bagi tahun ini pula, sebanyak RM 30,000 diperuntukkan bagi kuarters (Balai Polis) Taman Tun Dr Ismail,” ujarnya.- UTUSAN ONLINE