Leftenan Komander Maritim, Muhammad Padzly Pasrial berkata, kapal tangki itu ditahan bot peronda Maritim Malaysia menerusi Op Jaksa.

“Penahanan itu dibuat kerana kapal tangki berkenaan gagal mengemukakan kebenaran bersauh dan insurans kapal yang telah tamat tempoh.

“Kapal tangki yang berdaftar di Singapura itu dikendalikan lima kru termasuk seorang Nakhoda dan kesemuanya merupakan warga Indonesia,” katanya dalam satu kenyataan, di sini sebentar tadi.

Kes disiasat di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 Seksyen 49B(I) iaitu bersauh tanpa kebenaran dan Seksyen 361(3) iaitu insurans kapal tamat tempoh. - UTUSAN ONLINE