Pemangku Ketua Polis Daerah Brickfields, Superintenden Arifai Tarawe berkata, perkara itu susulan kegagalan penganjur untuk mengemukakan notis yang lengkap serta tidak memenuhi keperluan undang-undang.

“Polis menerima notis pemakluman daripada penganjur mengikut Seksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman 2012 berhubung hasrat mengadakan satu perhimpunan yang dijangka berlangsung pada 2 petang di Water Fountain Little India, Brickfields.

“Bagaimanapun, notis yang dikemukakan didapati tidak lengkap dan tidak memenuhi keperluan undang-undang,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Arifai, sehubungan itu orang ramai dinasihatkan supaya tidak menyertai perhimpunan ini bagi memastikan keselesaan dan kesejahteraan penduduk setempat sentiasa terpelihara.-UTUSAN ONLINE