Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Mohd. Said Ibrahim berkata, sebaliknya gambar yang ditularkan dalam media sosial itu adalah gambar lama.

"Itu gambar lama. Saya tidak ingat bila. Kejadian itu berlaku disebabkan kesilapan dan telah diperbetulkan segera ketika itu.

"Gambar itu telah ditularkan semula hari ini oleh pihak tidak bertanggungjawab," katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.

Beliau mengulas penyebaran gambar Jalur Gemilang dipasang terbalik dipercayai dirakam di bangunan IPD Seremban dalam media sosial sejak semalam.

Mohd. Said berkata, polis sedang mengesan pihak yang menularkan semula gambar tersebut dan tindakan akan diambil berdasarkan peruntukan undang-undang. - UTUSAN ONLINE