Magretha Tara

Memetik laporan portal Utusan Borneo, mangsa dikenali Magretha Tara, 13, disedari hilang oleh ibunya kira-kira pukul 10.35 malam.

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Stanley Jonathan Ringgit dalam satu kenyataan memberitahu, ibunya yang pulang ke rumah mendapati anaknya itu tiada sebelum bertanya kepada rakan anaknya sama ada mangsa ada bersamanya atau tidak.

“Namun, rakannya memberitahu bahawa mangsa dilihat bersama beberapa rakan lain melepak di flat perumahan di Sibu Jaya dekat sini.

“Bagaimanapun, sehingga laporan dibuat mangsa masih gagal dikesan,” katanya.

Tambah Stanley, ibu mangsa ada pergi ke sekolah mangsa namun gurunya memberitahu mangsa tidak hadir ke sekolah sejak Selasa lalu.-UTUSAN ONLINE